Monday, April 18, 2022

5 ANIMATION BEST EVERGREEN

5 MOVIE BEST YANG KAK BEL PERNAH TENGOK ! BANYAK SEBENARNYA MOVIE ANIMATION YANG BEST2 , TAPI 5 MOVIE NI ANTARA YANG MENYENTUH JIWA KAK BEL. WALAUPUN HANYA  ANIMATION MOVIE TAPI BANYAK PENGAJARAN YANG BOLEH DITELADANI. 

SO, SELAMAT MENONTON GUYS!


1. COCO (2017)


Mengisahkan tentang Miguel yang nak menjadi seorang ahli muzik macam idonya Ernesto de la Cruz . Tiba tiba dia termasuk ke dunia lain (land of the dead) (alam selepas mati). disana Miguel telah berjumpa dengan keluarganya yang telah meninggal dan meminta tolong untuk Miguel kembali ke alam dunia, dan disana Miguel mengetahui kebenaran di sebalik idolanya de la cruz dan kisah atuk dan neneknya Coco. 

Languages : Spanish

 


2. THE CROODS (2013)




The Croods, adalah satu satunya keluarga 'orang gua' yang masih lagi wujud kerana ayahnya, Grug yang hidup dengan peraturan yang sangat ketat. Bagi ayahnya semua benda baru adalah 'bahaya', new is bad, new is bad. Satu malam, anaknya Eep menyelinap keluar dari gua dan bertemu dengan sorang lelaki, Guys yang tahu banyak perkara dari orang gua. Esok paginya gua mereka musnah disebabkan oleh bencana yang dinamakan 'The End'. Ayah nya Grug sangat sedih gua mereka telah lenyap. Mereka terpaksa meninggalkan tempat itu untuk mencari rumah baru dengan pertolongan Guys. 

Languages : English


 3. THE GOOD DINOSAUR (2015)



Arlo, dinosour muda dan kecik lemah ketika lahir, Arlo penakut dan ayahnya ingin mengajarnya untu jadi lebih berani. Ketika hujan ribut melanda dan Arlo terbawa arus deras jatuh ke dalam hulu sungai. Arlo terpisah dengan keluarganya. Nasibnya baik bertemu dengan Spot, seorang budak yang baik menolongnya dan mereka mencari jalan untuk Arlo pulang bertemu dengan keluarganya kembali. Sepanjang mereka bersama ,banyak yang Arlo belajar daripada Spot.

 Languages : English

 

4. BRAVE (2012) 




Merida, mengisahkan tentang seorang puteri yang menentang adat kuno, tidak ingin ditunangkan dan menyebabkan kekacauan di kerajaan mereka. Disebabkan sikapnya yang memberontak dan nak menentukan jalan hidupnya sendiri akhirnya dia menjadikan ibunya bertukar menjadi seekor beruang disebabkan sumpahan dari penyihir tua. Merida berasa bertanggungjawab akan hal itu dan berjanji mengembalikan ibunya kembali kepada seorang manusia semula. 

Languages : English


 5. RATATOUILLE (2007)


Remy, seekor tikus yang terpisah dari koloni tikus yang lain sewaktu hanyut di sungai, Remy mempunyai kelebihan menghidu makanan yang masih elok dan dia percaya dengan deria masakannya. Tanpa diduga dia termasuk dalam restauran dan mengolah sup yang ditumpahkan dan dirosak kan oleh seorang budak, Linguini. Orang ramai menyukai sup yang diolah oleh Remy, dan remy terpaksa bersembunyi dibalik topi Linguini sebab dia hanya seekor tikus. 

Languages : English



No comments:

Post a Comment

5 ANIMATION BEST EVERGREEN

5 MOVIE BEST YANG KAK BEL PERNAH TENGOK ! BANYAK SEBENARNYA MOVIE ANIMATION YANG BEST2 , TAPI 5 MOVIE NI ANTARA YANG MENYENTUH JIWA KAK BEL....